Tuesday, April 8, 2014

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Ilmu Kalam







Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan ilmu kalam. Iaitu ada sebahagiannya faktor daripada suruhan al-Quran sendiri dan ada juga faktor-faktor dalaman yang berkaitan dengan umat Islam itu sendiri, malah terdapat juga faktor-faktor luaran yang turut mempengaruhi perkembangan ilmu kalam tersebut.

Faktor Al-Quran

Al-Quran mengharuskan kita sebagai kaum Muslimin berusaha mengembangkan agama dan membela agama Islam. Sebagai seorang Muslim, kita tidak boleh memeluk agama Islam dan mengimani segala aturan-aturannya sahaja tanpa berusaha untuk mengembangkan ajaran Islam itu dan memperkukuhkan lagi Islam pada pandangan masyarakat. Seperti mana Allah SWT berfirman dalam surah An-Nahl ayat 125 :

125. serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.
Firman Allah SWT yang lain dalam surah Ali Imran ayat 104 :    
                                                 
104. dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.

 Faktor Dalaman

Faktor-faktor dalaman ialah faktor yang mana kembali kepada umat Islam sendiri. Iaitu kemenangan yang mereka peroleh dalam peperangan dan kemewahan hidup menyebabkan mereka merasa aman tinggal di dalam negeri masing-masing dan mereka mempunyai masa lapang dan iaitu sempat untuk membahas masalah-masalah agama secara pembahasan falsafah yang tidak terbatas.

Bahawasanya pada asalnya akidah itu sangat sederhana keadaannya, ia tidak di bahas dan didiskusikan. Kemudian sesudah itu barulah diadakan perbahasan terhadapnya dan timbullah perbezaan pendapat serta muncullah aliran-aliran yang bertentangan satu sama lain untuk menguatkan pendapat-pendapat yang berlawanan itu.

Hal ini terjadi pula terhadap aqidah Islamiyah. Semasa zaman ulama salaf, tiada sebarang perbahasan mahupun perbincangan mengenai masalah qada’ dan qadar. Namun begitu, setelah berkembang ilmu kalam barulah muncul persoalan tentang qada’ dan qadar dan ia dijadikan objek perbahasan utama.
Selain itu, masalah politik dan perselisihan-perselisihan pendapat antara sesama Islam yang membawa kepada berbagai-bagai aliran. Permulaan perselisihan terjadi di akhir zaman pemerintahan Uthman yang mengakibatkan Uthman di bunuh tanpa melalui badan hukum.

Akibat dari pembunuhan itu maka muncullah umat Islam berani menambah-tambahkan agama dan mengemukakan alasan yang sengaja dibuat-buat untuk menguatkan pendirian. Masalah-masalah politik diselaputi dengan agama, adalah kerana pada zaman tersebut pengaruh agama masih sangat kuat mengikut al-Quran dan al-Sunnah. Maka mereka menerapkan nas-nas itu dengan kejadian dan peristiwa yang sedang berlaku.

Dapat dilihat pada zaman tersebut, ada di antara ahli-ahli politik yang mempergunakan jiwa keagamaan ini untuk memikat hati rakyat. Maka mereka bergerak dengan dalil mempertahankan agama. Situasi ini terbukti berjaya mempengaruhi jiwa rakyat. 

Faktor Luaran

Kebanyakan orang yang memeluk agama Islam selepas pengalahan kota Makkah, adalah orang-orang yang sudah menganut agama lain dan telah terdidik dan dibesarkan dalam agama tersebut. Oleh demikian itu berlakulah penyerapan adat kebudayaan dan kepercayaan agama mereka yang dahulu meresap ke dalam aliran agama Islam. Malah ada sebahagian daripada ulama mereka sengaja menambah ajaran-ajaran bukan Islam ke dalam ajaran Islam tersebut. Oleh sebab itu, terdapat banyak aliran-aliran yang mendakwa mereka Islam tetapi mengamalkan prinsip yang bercanggah dari Islam bahkan sama sekali tiada hubungan dengan Islam. Seperti mazhab Tanasukh yang mana asalnya adalah dari kaum Brahma. 



Sumber-Sumber Ilmu Kalam




Sumber utama ilmu kalam ialah Al-Quran dan hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya Allah, sifat-sifat Nya dan persoalan aqidah Islam lainnya. Ulama-ulama Islam dengan tekun dan teliti memahami nas-nas yang bertalian dengan masalah aqidah ini, menghurai dan menganalisanya, dan memperkuatkan pendapatnya dengan nas-nas tersebut.

Dalil-dalil akal ditambah dengan falsafah Yunani dan unsur-unsur lain. oleh kerana itu perbahasan ilmu kalam ini, selalunya berdasarkan kepada dua hal, iaitu dalil naqli dan dalil aqli. 

Tidak tepat sekiranya dikatakan bahwa ilmu kalam itu merupakan ilmu keislaman yang murni, kerana di antara perbahasan-perbahasannya banyak yang berasal dari luar Islam. Tetapi tidak benar sekiranya dikatakan ilmu kalam itu timbul dari falsafah Yunani kerana terdapat juga unsur-unsur lain. 

Yang benarnya ialah jika dikatakan bahawa ilmu kalam itu bersumber daripada Al-Quran dan hadis, yang mana rumusan berkaitannya didorong oleh unsur-unsur dari dalam dan dari luar. 



Pengenalan Ilmu Kalam






DEFINISI

Ilmu Kalam adalah salah satu bentuk ilmu keislaman. Kajian dalam ilmu kalam terfokus pada aspek ketuhanan atau bentuk kerana itu ia disebut teologi dialetika, dan rasional. Secara harfiah kata kalam bermaksud pembicaraan tetapi bukan dalam erti pembicaraan sehari-hari melainkan pembicaraan yang berdasarkan logika (akal).

Ilmu Kalam adalah Ilmu yang membicarakan bagaimana menetapkan kepercayaan-kepercayaan keagamaan (agama islam) dengan bukti-bukti yang yakin. Ilmu Kalam adalah Ilmu yang membahas soal-soal keimanan yang sering juga disebut Ilmu Aqidah atau Ilmu Usuluddin. 

Manakala, menurut Ibnu Khaldun Ilmu Kalam adalah Ilmu yang mengandungi alasan-alasan rasional untuk mempertahankan aqidah-aqidah Imanya dan mengandungi penolakan terhadap golongan bid’ah (perbuatan-perbuatan baru tanpa contoh) yang didalam aqidah menyimpang dari mazhab salaf dan ahli sunnah.


ASAL USUL NAMA ILMU KALAM

Tiada sebarang catatan yang menunjukkan perkataan al-kalam itu sebgaia suatu ilmu yang tersendiri sebagaimana yang kita kenali sekarang ini. Ilmu ini dinamakan sebagai Ilmu Kalam diatas beberapa sebab tertentu iaitu :

  1. menjawab kewujudan persoalan penting yang menjadi perbicaraan pada abad permulaan hijriyah tentang apakah kalam Allah ? Adakah ia qadim atau hadis ? 
  2. dasar-dasar ilmu kalam ialah berkaitan dalil aqli dan pengaruh dalil aqli ini jelas kelihatan dalam pembicaraan para mutakallimin. Dimana mereka jarang menggunakan dalil naqli, kecuali sesudah menetapkan benarnya pokok persoalan terlebih dahulu berdasarkan dalil aqli


NAMA LAIN ILMU KALAM 

  1.  Ilmu Usuluddin - kerana ia membahaskan tentang prinsip-prinsip agama Islam. Iaitu fokus pada aqidah dan keyakinan terhadap Allah SWT.
  2. Ilmu Tauhid - sebab penamaan Ilmu Tauhid kerana ilmu ini membahas masalah keesaan Allah SWT
  3. Ilmu Aqidah - kerana ilmu ini membicarakan tentang kepercayaan Islam.