Tuesday, April 8, 2014

Sumber-Sumber Ilmu Kalam




Sumber utama ilmu kalam ialah Al-Quran dan hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya Allah, sifat-sifat Nya dan persoalan aqidah Islam lainnya. Ulama-ulama Islam dengan tekun dan teliti memahami nas-nas yang bertalian dengan masalah aqidah ini, menghurai dan menganalisanya, dan memperkuatkan pendapatnya dengan nas-nas tersebut.

Dalil-dalil akal ditambah dengan falsafah Yunani dan unsur-unsur lain. oleh kerana itu perbahasan ilmu kalam ini, selalunya berdasarkan kepada dua hal, iaitu dalil naqli dan dalil aqli. 

Tidak tepat sekiranya dikatakan bahwa ilmu kalam itu merupakan ilmu keislaman yang murni, kerana di antara perbahasan-perbahasannya banyak yang berasal dari luar Islam. Tetapi tidak benar sekiranya dikatakan ilmu kalam itu timbul dari falsafah Yunani kerana terdapat juga unsur-unsur lain. 

Yang benarnya ialah jika dikatakan bahawa ilmu kalam itu bersumber daripada Al-Quran dan hadis, yang mana rumusan berkaitannya didorong oleh unsur-unsur dari dalam dan dari luar. 



No comments:

Post a Comment